Tuesday 21 October 2014

kehilangan
kekecewaan
jika dibandingkan dengan unsur-unsur positif yang lain
lebih banyak menjadi trigger dalam setiap penulisanku
mungkin rasa bahagia
lebih bahagia untuk berkongsi bersama mereka
tapi...
apa sahaja yang secara tersirat
menyentuh jiwa dan raga
tidak mampu untuk diluahkan kepada seorang hamba langsungnya
hanya kepada Dia tempatku berserah segalanya.

Benar, benar sungguh
hamba mencari tuannya bila berduka
tatkala kosong jiwa
juga dilema
kerana apa (?)
tidak tergapai minda seorang hamba memahami hamba-hamba selainnya.

Hanya Dia yang mampu
mengurangkan rasa gundah gulana
janji manisNya syurga merawat luka-luka
penuh dosa dan noda yang nikmat membalut jiwa
Hanya Dia
Allah taa'la Yang Maha Esa
tempat hamba berserah segala.

kerana Dia tak pernah lupa
membelai jiwa yang lara dengan firmanNya;
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram".


Nukilan rasa,
melampiaskan kata yang lama terpendam.



No comments: