Monday 20 October 2014

sukarnya bagi air mata berjuraian walau untuk sedikit
suka dan duka
bahagia dan derita
seakan bergaul rasa semua
sukar sungguh bagi meluahkan apa yang terasa
seakan mengerti apa yang telah ditakdirkan untuk semua
yang dipinjamkan pasti akan dipulangkan
kepada Dia Yang Maha Esa.

Izzatul Huda dalam kenangan.

sungguh dunia hanya sementara
manusia leka dan alpa
semoga dikau tenang disana
dalam rahmat Yang Maha Esa.

Al-Fatihah.

masih banyak yang mahu dikata
wahai sahabat
semoga bahagia disana
dari semua masalah dunia

betapa terkilan rasa
sekejap bersama
akhirnya dikau pergi jua

wahai sahabat
masih teringat akan dikau
mahu berjasa pada keluarga
ceria dalam derita
petah bicara walau sakit di dada
hanya Dia Yang Tahu
segala yang engkau rasa rasa
semoga diampunkan segala dosa yang tersisa
buatmu sahabat tercinta.

Hanya Dia Yang Punya Segala
alam semesta dan seluruh jiwa
Engkau bertuah dihadiahkan masa
untuk bersama keluarga tercinta
punya keluarga dan segalanya
walau perit jiwa terasa
sesak dada menanggung rasa
hikmahnya pasti ada untuk tatapan semua yang leka.

.....tak mampu lagi menanggung rasa
deraian air mata keluar jua.


Rindu seorang sahabat
jauh jauh jauhhh~


No comments: